Bebas dari tuduhan Zakaria_Md_Deros

Pada 24 Ogos 2007, Mahkamah Majistret Klang telah menggugurkan semua 13 tuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 terhadap Datuk Zakaria Md Deros. Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah turut menggugurkan semua 39 tuduhan terhadap 7 pengarah dari syarikat yang sama.

Azmi Harun selaku pendakwa kanan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memohon tuduhan itu digugurkan.Sebarang sebab pengguguran belum dimaklumkan setakat ini.

Antara tuduhan yang digugurkan ialah :

  • Gagal membenatang akaun ( dibawah Seksyen 169)
  • Gagal memberitahu perubahan alamat ( Seksyen 120).
  • Gagal mengadakan mesyuarat tahunan 2002 - 2005) ( Seksyen 143)
  • . Gagal menyerah penyata untung rugi ( Seksyen 165).

Peguam bela Zakaria Md Deros ialah J. R. Samuel dan Mozmi Sham Ahmad.

Pada 20 Julai 2007, Zakaria gagal hadir di Mahkamah Sesyen Klang kerana berada di Indonesia.

Syarikat tersebut beralamat di Jalan Papan, Pandamaran Industrial Area, Pelabuhan Klang, Selangor.